Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Negeri Sembilan International Autosalon Pada 19 Mei Ini

SEREMBAN - Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS)  akan menganjurkan Negeri Sembilan International AutoSalon, perhimpunan raksasa daripada 27 kelab kereta melibatkan lima negara selama tiga hari bermula 19 Mei di Pusat Pameran dan Konvensyen Senawang (SECC).

Pengurus Besar LPNS Baharudin Jali berkata lima negara itu ialah Malaysia, Jepun, Indonesia, Singapura dan Thailand, membabitkan 2,368 kereta dan motosikal yang telah dimodifikasi rupa bentuk dan ciri-cirinya untuk sajian peminat sukan permotoran tanah air dan luar negara.

Beliau ditemui pemberita pada sidang media mengenai pelancaran NS International Autosalon and Pets.

Pihaknya menyasarkan seramai 30,000 pengunjung hadir pada program berkenaan.

Selain daripada persembahan dan pameran permotoran, Baharudin berkata turut diadakan ialah pameran kucing dan juga pelbagai aktiviti lain termasuk cabutan bertuah, pertandingan makan burger, pameran kesihatan, persembahan live band, serta gerai jualan alat ganti kenderaan yang menawarkan harga istimewa.

Harga tiket masuk yang dikenakan ialah sebanyak RM5 manakala bagi kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) adalah percuma.


Sumber : BERNAMA