Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Piala Liga Europa - Man. Utd Dan Ajax Mara Ke Final

LONDON - Manchester United mara ke perlawanan akhir Liga Europa pertama mereka selepas seri 1-1 dengan Celta Vigo dan melengkapkan kemenangan dengan agregat 2-1.

Sementara di Lyon, Ajax kalah kepada pasukan Lyon 3 - 1 tetapi menang dengan agregat 5 - 4 dan juga mara ke final Eropah pertama mereka dalam tempoh 21 tahun

Tandukan Marouane Fellaini minit ke-17 menjadikan kedudukan Manchester United mendahului 2-0 secara agregat, tetapi Celta bangkit lewat dan mendapat gol pada minit ke-88 melalui Facundo Roncaglia.

Pasukan Machester United  akan memainkan pasukan Ajax Amsterdam di perlawanan akhir di Arena Rakan Stockholm pada 24 Mei.

(Sumber - AFP)