Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

53 Atlet Johor Terpilih Ke Sukan SEA Ogos Ini

ISKANDAR PUTERI - Seramai 53 atlet Johor terpilih mewakili negara dalam temasya Sukan SEA 2017 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 19 hingga 30 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Zulkurnain Kamisan berkata kesemua mereka akan menyertai 23 acara termasuk akuatik, badminton, berbasikal, bola jaring, bola keranjang, teakwando dan olahraga.

Pemilihan atlet berkenaan dibuat menerusi satu program khas iaitu Program Kita Juara oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Melalui program itu, para atlet perlu melepasi tahap kelayakan yang ditetapkan MSN bagi menjalani latihan sepenuh masa di bawah pemantauan sepenuhnya oleh jurulatih kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Adam Sumiru (BN-Tanjung Puteri) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 di sini.

((BERNAMA))