Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Liga Juara-Juara Eropah - Real Madrid Kalah 1 -2 Kepada Atletico Madrid Tapi Mara Ke Akhir Dengan Agregat 4 - 2.

MADRID - Real Madrid kalahkan kepada Atletico Madrid 1 - 2 dalam perlawanan kedua separuh akhir di Stadium Vicente Calderon tetapi mara ke peringkat akhir dengan gol agregat 4 - 2 dan akan bertemu Juventus dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara bulan depan di Cardiff.

Pasukan Atletico Madrid yang ketinggalan 3-0 daripada perlawanan pertama, bermain baik dan mendahului 2-0 menerusi tandukan Saul Niguez dan penalti dari Antoine Griezmann.

Tetapi pasukan Real Madrid hentikan momentum Atletico dengan Isco menjaringkan gol pada minit ke-42.

Akhirnya, gol dari daripada perlawanan pertama membolehkan Real Madrid mara ke final dan pasukan Zinedine Zidane, cuba untuk menjadi pasukan pertama yang memenangi Liga Juara-Juara dua kali berturut-turut.

(Sumber - AFP)