Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

Rali Dakar 2016 - Svitko Menyerlah, Peterhansel Terus Mendahului

  • Published in Sukan

Peringkat ke sepuluh perlumbaan Rali Dakar 2016 , kejutan berlaku dalam perlumbaan dari Belen ke La Rioja apabila seorang lagi penunggang KTM, Stefan Svitko berjaya muncul peringkat ini.

Sementara, Stephane Peterhansel lebih bernasib baik untuk muncul juara kategori kereta.

Aksi kategori motosikal antara yang  mengalami banyak cabaran dalam perlumbaan kali ini.
  
Pelbagai masalah timbul di kalangan pelumba antaranya kemalangan, masalah teknikal dan juga banjir.

Namun, bagi pelumba Slovakia, Stefan Svitko, yang menunggang KTM, perlumbaan peringkat ke-10 membawa tuah padanya apabila memenangi peringkat ini.

Kemenangan itu meletakkan dia di kedudukan kedua  keseluruhan kategori motosikal di bekalang Toby Price.

Dalam katgori kereta pula, nasib tidak menyebelahi Carlos Sainz apabila keretanya mengalami masalah dan terkandas lebih sejam.

Manakala Stephane Peterhansel tiba di garisan penamat dengan kelebihan 5 minit 40 saat di depan musuh utama yang juga rakan sepasukannya, Cyril Despres.

Turut mengalami masalah pada peringkat ke-10 ini, Giniel de Villers, menamatkan perlumbaan pada kedudukan keenam namun masih kekal ketiga keseluruhan.

Begitu juga dengan Nasser al-Attiyah apabila kereta mininya mengalami kerosakan.