Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Piala Liga Juara-Juara Eropah -Juventus Mara Ke Final

TURIN - Pasukan Juventus mengatasi pasukan Monaco 2 - 1 dalam perlawanan separuh akhir yang kedua dan menang dengan agregat 4 -1 dan mara ke final Piala Liga Juara-Juara Eropah.

Mendahului 2-0 daripada perlawanan pusing pertama, pasukan Itali, Juventus membuka jaringan melalui pemain Mario Mandzukic pada minit ke-33.

Pemain Dani Alves menggandakan kedudukan 2 - 0 pada minit ke-44 bagi Juventus.

Kylian Joao dengan tendangan bola rendah mendapat satu gol untuk pasukan Monaco pada minit ke-69.

Juventus, yang tidak pernah menang piala kejuaran ini sejak tahun 1996 dan pernah tewas 3-1 kepada Barcelona dalam perlawanan akhir 2015 akan menghadapi Real Madrid atau Atletico Madrid pada 3 Jun di  Cardiff, Wales.

(Sumber- AFP)