Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Liga Perdana : Sang Badak Sasar Kelompok Empat Terbaik

Kuala Lumpur - Pasukan bola sepak Sabah yang dibarisi hampir 70 peratus muka baru meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok empat teratas saingan liga Perdana musim ini.

Musim 2015 Sabah menamatkan saingan di kedudukan ketujuh liga.

Bagi pengurus pasukan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Sabah tetap mahu menjadi pencabar walaupun tidak meletakkan sasaran yang tinggi.

Sementara itu, ketua jurulatih Sabah, Vjeran Simunic berpuas hati dengan barisan pemain yang ada meskipun baru tujuh hari menjalani latihan sejak pasukan itu dibentuk.
 
Senarai penuh skuad Sang Badak akan  diumumkan secara rasmi pada 20 Januari ini bagi menjalani sesi latihan fasa akhir sebelum saingan Liga Perdana bermula pada 12 Februari depan.