Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

UMNO Melaka Hantar Kontinjen Sertai Karnival Sukan UMNO 2017

MELAKA - UMNO Melaka tidak ketinggalan menghantar kontinjen bagi menyertai Karnival Sukan UMNO 2017 yang berlangsung tiga hari di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor bermula hari ini.

Ketua Kontinjennya yang juga Ketua Pemuda UMNO Melaka, Datuk Zali Md Yassin berkata, seramai 145 atlet akan menyertai 10 acara yang dipertandingkan.

Beliau ditemui media selepas Majlis Penyerahan Pakaian Kontinjen sebelum bergerak menyertai karnival berkenaan di Ayer Keroh.

Karnival Sukan UMNO yang julung kali diadakan bersempena ulang tahun UMNO ke-71 itu disertai hampir 2,000 anggota UMNO dari seluruh negara.