Sunday, 29 November 2020

updated 2:27 PM UTC, Nov 29, 2020

ARMADA sokong pendirian Tun Dr Mahathir, tolak kerjasama dengan UMNO

  • Published in Berita Semasa

PETALING JAYA, 26 Feb - Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyokong pendirian Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menolak kerjasama UMNO secara ‘en-bloc’ iaitu kemasukan secara blok di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membentuk kerajaan baharu.

Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sayap parti itu turut mengambil pendirian untuk menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kekal selaku Perdana Menteri serta mengetuai pentadbiran negara demi kemaslahatan umum dan kepentingan negara.

ARMADA katanya juga berikrar untuk terus mendukung mandat yang diberikan rakyat menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).