Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Jerebu : Latihan untuk sukan luar dewan dibatalkan

  • Published in Sukan

FOTO : FB KERK CHEE YEE


BANDARAYA MELAKA, MELAKA - Tiada sebarang latihan akan dilakukan atlet negeri Melaka sama ada di bawah seliaan Majlis Sukan Negeri (MSN) atau pihak swasta, akibat masalah jerebu yang melanda.

Exco Komunikasi Multimedia Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee berkata, latihan hanya akan diteruskan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri itu kembali normal.
Walaubagaimanapun, latihan bagi sukan dalam dewan masih dilakukan seperti biasa dan berada di bawah seliaan Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM).

Exco Komunkasi Multimedia, Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran logo larian Towerthon Melaka 2019 di Bandaraya Melaka.

Hadir sama, Pengarah MSNM , Ariffin Ghani.

Mengulas lanjut mengenai persediaan atlet sempena Sukan Malaysia 2020 di Johor, beliau berkata prestasi mereka masih di tahap terbaik walau tiada latihan bagi sukan luar dewan.

Tambah Kerk, atlet kini berusaha meningktkan prestasi mereka, bagi slot pemilihan atlet yang bakal dilakukan akhir tahun ini.