Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Keputusan Kejohanan Tenis ATP/WTA Terbuka Madrid

MADRID - Pilihan ke-10, Jo-Wilfried Tsonga mara ke pusingan kedua.

Pemain Peranchis itu mengetepikan wakil Rusia, Andrey Kuznetsov, 7-6, 6-7 dan 7-5.

Tsonga bakal menentang David Ferrer dari Sepanyol yang mengatasi wakil Kazakhstan, Mikhail Kukushkin, 2-6, 7-6 dan 6-4.

Sementara itu pilihan ke-11 dai Republik Czech, Tomas Berdych menumpaskan Denis Istomin dari Uzbekistan, 6-4, 6-4 manakala wakil Bulgaria yang juga pilihan ke-11, Grigor Dimitrov menang 7-6, 6-4 ke atas pemain Jerman, Philipp Kohlschreiber.

Dalam saingan wanita, pilihan kedua, Karolina Pliskova tersingkir.

Pemain Republik Czech itu tumpas 3-6, 3-6 kepada wakil Latvia, Anastasija Sevastova. Turut terkandas bintang Denmark, Caroline Wozniacki.

Pilihan ke-10 itu kalah kepada Carla Suarez dari Sepanyol, 4-6, 6-2 dan 2-6.

Sementara itu Lara Arruabarrena dari Sepanyol menunjukkan jalan keluar kepada pilihan ke-15, Barbora Zahlavova Strècova dari Republik Czech, 3-6, 6-3 dan 6-3.

 

Sumber : AFP