Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Keputusan Bola Sepak Liga Juara AFC

Wakil Arab Saudi Al-Ahli mengesahkan tempat ke kelompok 16 pasukan terakhir.

Al-Ahli mengalahkan Zobahan dari Iran, 2-0 dalam kumpulan C.

Kelab Al-Ain yang lebih awal mara pula mengekalkan kedudukan di tangga teratas.

Pasukan itu mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan kemenangan terhadap kelab Uzbekistan, Bunyodkor 3-0.

Dalam kumpulan D, Kelab Qatar, Al-Rayyan tersingkir daripada saingan apabila tumpas kepada gergasi Arab Saudi Al-Hilal, 3-4.

Keputusan itu meletakkan wakil Iran Persepolis di tangga kedua kumpulan D sekali gus mengiringi Al Hilal dalam pusingan kalah mati.

Persepolis mara, mengalahkan Al Wahda dari UAE, 4-2.

Sumber : AFP