Saturday, April 4, 2020

updated 11:02 AM UTC, Apr 4, 2020

Agong agih makanan, hargai petugas media

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 25 Feb - Kira-kira 100 petugas media yang 'berkampung' di pintu masuk di Istana Negara sekali lagi dapat keprihatinan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mereka yang berkumpul sejak pagi bagi membuat liputan berhubung pergolakan politik negara.

Pada hari ini mereka dijamu dengan makanan segera, Macdonalds.

Lebih menarik baginda sendiri turun padang bagi menyerahkan pek makanan itu di pintu masuk istana negara pukul 1.15 tengah hari.

Pemberian itu termasuk menjamu KFC semalam sememangnya amat melegakan petugas media yang rata-ratanya terpaksa menahan lapar sejak pagi bagi membuat liputan kehadiran ahli-ahli parlimen yang menghadap tuanku.

Selain Istana Negara terdapat juga individu atau pihak lain turut prihatin menyampaikan makanan dan minuman kepada petugas media di pintu masuk Istana Negara.