Tuesday, 29 September 2020

updated 12:14 PM UTC, Sep 29, 2020

COVID-19: Jepun enggan ulas pembatalan Olimpik Tokyo 2020

  • Published in Sukan

TOKYO, 25 Feb - Masih terlalu awal untuk bercakap soal pembatalan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato susulan penularan wabak COVID-19 di negara itu.

Menurut Kato, tindakan pencegahan telah diambil pihaknya.

Ini termasuk melakukan ujian saringan terhadap penganjur dan penyediaan topeng muka.

Justeru, status penganjuran temasya sukan terbesar dunia itu tidak wajar diketengahkan ketika ini.

Sebelum ini, seorang calon pilhan raya datuk bandar London mencadangkan agar Olimpik tahun ini diadakan di London.

Setakat Isnin, negara matahari terbit itu mencatatkan 149 kes jangkitan COVID-19.