Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Kerjasama dan komunikasi, elemen penting untuk capai prestasi tinggi

  • Published in Nasional

LABUAN, 25 Feb - Beberapa isu dikenal pasti menjadi keutamaan penyelamatan di Labuan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan yang baharu, Ismaidi Ismail berkata, antaranya, Labuan sebagai hab industri minyak dan gas, keselamatan aktiviti air dan pembangunan komuniti bomba di beberapa kampung air di pulau berkenaan.

Beliau turut menekankan aspek kerjasama dan komunikasi sebagai elemen penting dalam jabatan untuk mencapai prestasi tinggi.

Beliau yang sebelum ini Ketua Zon 5 JBPM Tawau, Sabah berkata, momentum keberkesanan penyelamatan terdahulu akan diteruskan, di samping penambahbaikan merangkumi bahagian operasi, penyiasatan, kejuruteraan dan keselamatan.

Beliau bercakap kepada media di Ibu Pejabat JBPM, Rancha-Rancha.