Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Chelsea Hampir Rangkul Gelaran Juara Liga Perdana Inggeris

LONDON - Chelsea semakin hampir merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

Dalam aksi tunggal hari ini, skuad bimbingan Antonio Conte membenam Middlesbrough 3-0.

Berbaki tiga perlawanan, pasukan itu kini mengumpul 84 mata, tujuh mata selesa mengatasi pencabar terdekat Tottenham Hospur.

Spurs kecundang kepada West Ham United 0-1 minggu lalu.

Kegagalan Spurs akan membolehkan Chelsea menjuarai liga Jumaat ini jika menang kepada West Bromwich Albion.

 

Sumber : AFP