Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Proses pelantikan Perdana Menteri Interim satu amalan biasa

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 25 Feb - Proses pelantikan Perdana Menteri Interim merupakan amalan biasa yang telah digunapakai negara maju yang mengamalkan sistem westminster.

Menurut Felo Kanan dan Timbalan Pengarah Institut Pengajian Etnik UKM Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib, proses serupa diambil Australia selepas melantik Julia Gillard sebagai 'Acting Prime Minister' bagi tempoh Disember 2007 sehingga Feb 2009 setelah Perdana Menteri Kevin Rudd mengundur diri atas faktor kesihatan .

Selain itu juga, beliau menjelaskan pelantikan perdana menteri interim bukan bermakna parlimen dibubarkan.

Beliau turut menambah Perdana Menteri Interim bebas memilih mana-mana ahli majlis perwakilan yang berkredibiliti dari mana-mana parti untuk meneraju pentadbiran Malaysia dimasa akan datang.

Beliau menyatakannya selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.