Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Piala Asia 2019 : Antara Korea Utara Dengan Malaysia Tetap Diadakan Di Pyongyang

KUALA LUMPUR - Aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dengan Malaysia tetap akan diadakan di Pyongyang.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan perkara itu menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

AFC berpendapat dengan pengesahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa tiada halangan perjalanan daripada pihak kerajaan, maka perlawanan tersebut akan diadakan di Pyongyang, 8 Jun ini.          

Perlawanan Malaysia-Korea Utara sepatutnya diadakan 28 Mac lalu di Stadium Kim Il-sung.

Tetapi ia ditunda berikutan ketegangan hubungan diplomatik kedua-dua negara.