Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

MCMC pantau penyebar maklumat palsu isu semasa politik negara

  • Published in Nasional

CYBERJAYA, 25 Feb - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih terutama yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja berikutan perkembangan politik negara.

Tegas MCMC, sebarang perkongsian kandungan media yang bersifat palsu dan mengancam keselamatan negara boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Dalam kenyataannya, MCMC sentiasa memantau penyebaran maklumat palsu di laman media sosial.

Perkongsian kandungan tidak sahih dan boleh mengancam keselamatan negara merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebarang penyebaran maklumat yang berunsur perkauman, menyentuh isu keagamaan atau menghina institusi diraja, boleh dilaporkan kepada MCMC melalui aplikasi Whatsapp di talian 016- 220 6262 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..