Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Jurulatih Liverpool menyifatkan Manchester City sebagai pasukan terbaik dunia, biarpun juara Liga Perdana itu masih belum memenangi kejohanan utama di Eropah

  • Published in Sukan

ITALI - Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan Manchester City sebagai pasukan terbaik dunia, biarpun juara Liga Perdana itu masih belum memenangi kejohanan utama di Eropah

Menjelang persiapan pasukan mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara, Jurulatih Jerman itu menolak pandangan orang ramai yang meletakkan Liverpool sebagai pasukan pilihan untuk menjulang trofi itu sekali lagi musim ini.

Beliau dalam satu sidang media berkata, pasukannya tidak merasakan tekanan untuk menjadi juara bertahan.

Tambahan pula, pasukan lain berkemungkinan bermain dengan cara berbeza ketika bertemu Liverpool.

Dalam persaingan Liga Juara- Juara, pasukan Kloop dijadual bertemu Napoli dalam saingan Kumpulan E awal pagi esok.

Liverpool menamatkan saingan Liga Perdana di tempat kedua pada musim lalu di belakang City yang dibimbing Pep Guardiola tetapi kini berada lima mata di hadapan lawannya selepas lima perlawanan musim ini.