Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Stadium Shah Alam gagal pemeriksaan MFL, Red Giants mungkin terpaksa beraksi di stadium lain

  • Published in Sukan

SEPANG, 24 Feb - Skuad Red Giants akur sekiranya terpaksa beraksi di stadium selain dari laman mereka, Stadium Shah Alam apabila sepak mula liga Malaysia minggu ini.

Ia selepas Stadium Shah Alam gagal dalam pemeriksaan pertama oleh Malaysia Football League, MFL minggu lalu.

Penjaga gol Selangor, Farizal Harun ketika ditemui bagaimanapun berharap Stadium Shah Alam dapat digunakan Red Giants yang sememangnya laman keramat buat penyokong sejak sekian lama.

Farizal ditemui pada majlis penajaan pemain oleh jenama Kronos di Sepang.

Minggu lalu Stadium Shah Alam gagal dalam pemeriksaan pertama MFL selepas padang dan bilik persalinan tidak memenuhi garis panduan MFL.

Ia gagal dalam pemeriksaan kedua Jumaat lalu apabila faktor kerosakan bumbung yang mendatangkan bahaya kepada penonton dan memerlukan pembaikan serta pemeriksaan ketiga oleh MFL.

Dikatakan Stadium MBPJ di Kelana Jaya akan menjadi pilihan pertama sekiranya Stadium Shah Alam masih gagal melepasi pemeriksaan apabila Selangor menerima kunjungan Perak pada 7 Mac depan.