Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

TSG pertaruh khidmat dua pemain import sebagai usaha pertahankan status pasukan nombor satu Jelajah Asia

  • Published in Sukan


KUALA TERENGGANU,23 Feb
-Pasukan lumba basikal bertaraf benua, Terengganu Cycling Team (TSG) mempertaruhkan dua pelumba import baharu bagi memperkuat pasukan itu musim ini.

Atlet berkenaan, Christofer Jurado dari Panama dan Carlos Quintero dari Colombia pernah mewakili pasukan Monzana Postoban, Colombia dan
China Continental Team of Gansu Bank, China.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TSG; Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood, khidmat atlet terbabit digunakan sebagai usaha mempertahankan status pasukan nombor satu jelajah Asia.

Selain Jurado dan Quintero, TSG turut mengekalkan enam lagi pelumba import dan lapan pelumba tempatan
termasuk pasangan adik beradik, Harrif dan Zamri Saleh.

TSG turut meletakkan sasaran podium dengan kutipan mata semaksimum mungkin dalam setiap perlumbaan.

Che Ku Izmuddin ditemui selepas menjadi tetamu bersama juara peringkat
ke-5 dan ke-7 edisi ke-25 Petronas Le Tour de Langkawi-LTdL, Hariff Saleh di konti Terengganu fm