Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Liew Daren Tinggalkan BAM

  • Published in Sukan

Genting Highlands - Pemain badminton kebangsaan akan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebaik Kejohanan Master Grand Prix Emas di Pulau Pinang berakhir. 

Keputusan dibuat selepas tiada kemajuan positif dalam karier badmintonnya dalam tempoh dua tahun terakhir ini di bawah naungan badan induk badminton negara itu. 

Daren mengesahkan telah menghantar surat perletakan jawatannya sebagai pemain BAM minggu lepas dan BAM telah menerima keputusannya. 

Seterusnya beliau akan beraksi sebagai pemain profesional walaupun mengakui ia bukannya mudah. 

Beliau ditemui selepas aksi suku akhir Cabaran Juara Liga Ungu di Genting Highlands. 

Daren yang juga pemain kelab Badminton Puchong United berharap dapat kembali meraih kejayaan pada kejohanan di Pulau Pinang nanti selepas dua bulan berehat daripada kecederaan. 

Daren juga terpaksa melupakan beberapa kejohanan besar sepanjang tahun lalu. 

Antara pencapaian terbaik Daren sejak bersama BAM 12 tahun lalu ialah menjuarai Terbuka Satelit Taiwan 2005, Terbuka Singapura dan Super Siri Terbuka Perancis tahun lalu serta membantu pasukan negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan di Sukan Komanwel Glasgow pada 2014.