Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 3:24 PM UTC, Oct 22, 2017

WTA Tenis : Angelique Kerber Mara Ke Pusingan Kedua

MADRID - Pilihan utama, Angelique Kerber mara ke pusingan kedua. 

Bintang Jerman itu mengalahkan Timea Babos dari Hungary, 6-4, 6-4. 

Turut mara - pilihan ketiga, Simona Halep dari Romania dan pilihan keempat, Dominika Cibulkova dari Slovakia. 

Halep menewaskan Kristyna Pliskova dari Republik Czech, 6-1, 6-2 . 

Manakala Cibulkova mengatasi bekas pemain nombor satu dunia, Jelena Jankovic dari Serbia, 6-4, 5-7, 7-5 . 

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pilihan kelima, Garbine Muguruza dari Sepanyol yang tumpas 1-6, 3-6 kepada pemain bukan pilihan, Timea Bacsinszky dari Switzerland.

 

Sumber : AFP