Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Liga Perdana Inggeris - Man.City 5 Crystal Palace 0, Leicester City 3 Watford 0 Dan Swansea 1 Everton 0

LONDON - Manchester City mengukuhkan kedudukan antara empat pasukan teratas dengan kemenangan meyakinkan iaitu 5 - 0 ke atas Crystal Palace dan bergerak ke  tempat ketiga dengan perbezaan gol dengan pasukan Liverpool.

David Silva membuka jaringan dalam dua minit untuk Manchester City, kapten Vincent Kompany tambah gol kedua pada minit ke-49, Kevin de Bruyne menjadikan kedudukan 3-0 menerusi rembatan rendah pada minit ke-59, Raheem Sterling mendapat  gol keempat pada minit ke-82 dan Nicolas Otamendi melengkapkan kemenangan besar 5 - 0 pada minit ke-92.

Sementara pasukan Leicester City kalahkan Watford 3 - 0 dan jamin tempatnya di Liga Perdana Inggeris.

Wilfred Ndidi berjaya mendapat gol dengan rembatan dari 10 ela pada minit ke-38 dan Riyad Mahrez menggandakan kelebihan dengan tendangan rendah pada minit ke-58 dan Marc Albrighton menambah gol ketiga pada masa kecederaan.

Manakala Swansea City atasi Everton 1 - 0 dan dengan ini memintas Hull City untuk keluar daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris dengan baki dua perlawanan selepas Fernando Llorente menanduk gol kemenangan ke atas Everton pada minit ke-29.

Keputusan perlawanan lain Liga Perdana Inggeris adalah seperti berikut:-

      Sunderland  2   Hull   0

      Bournemouth  2   Stoke City  2

      Burnley  2   West Brom  2  

 

(Sumber - AFP)