Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Kejohanan Siri Ragbi 7 sepasukan (7s) Kebangsaan 2019

  • Published in Sukan

IPOH - Kejohanan Siri Ragbi 7 sepasukan (7s) Kebangsaan 2019. 

Pasukan Terengganu muncul juara kategori Men Core selepas menundukkan Kelantan 24 – 5 dalam perlawanan akhir yang berlansung di Padang Ipoh.

Kemenangan tersebut sekaligus meranapkan harapan tuan rumah Perak sebagai juara bertahan sebelum ini.

Dalam aksi pusingan akhir itu, Terengganu tampil konsisten dan cemerlang selepas menyempurnakan 4 try dan 2 conversion dalam tempoh 14 minit perlawanan manakala Kelantan dengan satu try. 

Tempat ketiga kategori itu disandang pasukan PDRM.

Bagi kategori Terbuka wanita pula, Johor berjaya mengetepikan pasukan tuan rumah Perak dengan keputusan 17 – 5 untuk muncul juara kategori itu.

Pasukan Johor wanita berjaya membuat 3 try dan satu conversion.

Tempat ketiga bagi kategori tersebut dimenangi pasukan Sabah.

Terdahulu dalam kategori Lelaki Qualifier iaitu saingan bagi melayakkan penyertaaan ke dalam lapan pasukan elit musim depan, Sabah mengalahkan Perlis, 14-0.

Bagi aksi akhir Lelaki Bawah 20 tahun, Kelantan tundukkan Negeri Sembilan, 28-7, manakala kategori wanita Bawah 20 tahun, Labuan mengalahkan Sabah dengan 15-10.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim