Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 3:24 PM UTC, Oct 22, 2017

Bastia Dikenakan Hukuman Ekoran Keganasan Penonton

PARIS - Kelab bola sepak Ligue One, Bastia dikenakan hukuman akibat keganasan penonton sehingga memaksa perlawanan dengan Lyon, bulan lalu dihentikan pada separuh masa pertama.

Lyon diberi kemenangan, manakala Stadium Furiani ditutup untuk dua perlawanan. 

Pengarah Bastia, Anthony Agostini pula dikenakan hukuman penggantungan empat bulan. 

((AFP))