Saturday, April 4, 2020

updated 11:02 AM UTC, Apr 4, 2020

Atlet wushu, Tan Cheong Min tumpu dua kejohanan tahun ini

  • Published in Sukan

 

PETALING JAYA, 22 Feb - Atlet wushu kebangsaan, Tan Cheong Min mahu memberi tumpuan kepada dua kejohanan dari empat yang bakal disertainya tahun ini.

Keputusan tersebut dibuat pemenang pingat emas acara Nandao kategori wanita Kejohanan Dunia di Shanghai Oktober lalu selepas acara sama tidak dipertandingkan di Olimpik Tokyo 2020.

Jelas atlet kelahiran Cheng, Melaka itu, beliau memberi fokus utama di Kejohanan Wushu Universiti Dunia di China yang akan berlangsung pada Julai.

Beliau kemudiannya dalam misi memburu pingat Kejohanan Asia wushu di India pada November sebelum ke Kejohanan Taolu World Cup di Jepun serta satu lagi kejohanan pada suku keempat tahun ini.

Tambah pelajar tahun kedua jurusan Teknologi Maklumat di sebuah universiti swasta itu, beliau kini mahu menamatkan pengajiannya secepat mungkin bagi memberi fokus kepada sukan kegemarannya itu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas dinobat pemenang Anugerah Jagoan Nadi Arena 2019 di Petaling Jaya.