Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

The Bos Gaurus perkenalkan jersi baharu untuk saingan musim ini

  • Published in Sukan

 

IPOH, 22 Feb - Skuad bola sepak Perak secara rasmi memperkenalkan jersi baharu yang bakal digunakan The Bos Gaurus dalam mengharungi saingan Liga Super musim ini.

Jersi yang menampilkan jenama dari Sepanyol, KELME itu akan mula dipakai pada perlawanan sulung menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 29 Februari ini.

Dua kit diperkenalkan dengan warna utama kuning, manakala putih untuk aksi di tempat lawan.

Selain mesej 'Save Water' dan 'Quit Smoking'; turut ditampilkan pada jersi Perak musim ini logo 'Pulau Pangkor, Pulau Bebas Cukai' dan 'Visit Perak'.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis pelancaran di Stadium Perak.

Turut diperkenalkan barisan pemain utama pasukan Perak termasuk tiga import baru masing-masing Guilherme De Paula, Antony Golec dan Thierry Chantha Bin.

Sementara itu Ketua Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menyasarkan untuk berada pada kelompok tiga terbaik pada saingan tahun ini.