Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

FAM : Jawatankuasa Tatatertib Tegas

KUALA LUMPUR - Lima pemain dna dua pasukan  dikenakan tindakan tatatertib Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM .

Melalui satu kenyataan media FAM, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, mengumumkan Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 3 Mei lepas memutuskan tujuh pemain termasuk,  pemain T-Team, Muhammad Fakhrurazi Musa, digantung tiga perlawanan di denda RM3,000 selepas didapati bersalah melanggar Artikel 59 kod tatatertib FAM berkenaan kelakuan apabila mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan.

Sementara itu, pemain Pulau Pinang, Mafry Balang, dan pemain Sabah, Dendy Lowa turut digantung tiga perlawanan denda RM3,000 kerana Melanggar Artikel 50.1 (d), Kod Tatatertib FAM berkenaan salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan apabila telah dilayangkan kad merah kerana berkelakuan ganas.

Mafry menendang bahagian paha pemain Felda United, Gaston Cellerino.

Dan Dendy Lowa pula memijak bahagian perut pemain Terengganu, Issey Farran Nakajima.

Dalam pada itu, pemain UiTM FC,  Mohd Zulkiffli Zakaria, dan pemain Terengganu, Muhammad Fakrul Wahib masing-masing digantung tiga perlawanan didenda RM1,000 kerana melanggar Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM.

Kedua-duanya terlibat dalam pergaduhan sama pada perlawanan Piala Presiden, UiTM FC bertemu Terengganu di Stadium UiTM, Shah Alam.

Selain itu, Pasukan Piala Presiden FAM 2016, Persatuan Bolasepak Ipoh dan DYS FC pula melanggar Artikel 67, Kod Tatatertib FAM  didenda sebanyak RM1,500 bagi setiap kes iaitu jumlah keseluruhannya RM6,000 (4 kes) .

Kesemua yang terlibat diberi amaran keras dan hukuman lebih berat bakal dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh yang diberikan.

 

Sumber : BERITA RTM