Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Marc Marquez dan pelumba Ducati Andrea Dovizioso serta penunggang Suzuki Alex Rins sependapat cabaran lebih sengit bakal menanti di litar sempit San Marin

  • Published in Sukan

Menjelang Moto GP San Marino Ahad ini

Juara bertahan Moto Gp dan pendahulu keseluruhan musim 2019, Marc Marquez dan pelumba Ducati Andrea Dovizioso serta penunggang Suzuki Alex Rins sependapat cabaran lebih sengit bakal menanti di litar sempit San Marino.

Dengan berbaki tujuh perlumbaan musim ini, Marquez yang kini mendahului kategori pendahulu keseluruhan dengan 250 mata menyifatkan litar San Marina sememangnya mencabar kerana mempunya lebih dari 5 selekoh tajam dan jarak pecutan pendek.

Sementara itu bagi pelumba Ducati Andrea Dovizioso, menyifatkan litar San Marino merupakan anatara litar kegemarannya dan yakin ingin menamatkan perlumbaan di podium.

Seterusnya memadam kecewa terlibat dalam kemalangan di Motogp British pada 25 Ogos lalu.

 Selain itu, bagi pelumba Suzuki, Alex Rins, beliau menyatakan jentera GSX kini di tahap terbaik dan sekali lagi bersedia untuk melakukan kejutan.