Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Batal program FitMalaysia Edisi Melaka berikutan masalah jerebu

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil keputusan membatalkan Program FitMalaysia Edisi Melaka yang dijadualkan ESOK susulan masalah Jerebu.

Menerusi satu kenyataan media, KBS terpaksa membatalkan program FitMalaysia yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir Melaka selepas menerima nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Jabatan Alam Sekitar Melaka.

Mengikut laporan IPU yang dicatatkan di Bandaraya Melaka pada petang ini berada diparas tidak sihat iaitu sekitar 120, bacaan yang tidak sesuai untuk aktiviti luar.

Keadaan ini dijangka tidak akan berubah sehingga pagi esok.

Program FitMalaysia mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat umur terutamanya kanak-kanak dan KBS terpaksa membatalkan program berkenaan atas risiko kesihatan.

KBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada lebih 12 ribu peserta yang telah mendaftar dan sebarang pengumuman berkenaan program berkenaan akan dimaklumkan kelak.