Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Kelayakan Maria Sharapova Sertai Wimbledon Akan Dipetimbang

LONDON - Penganjur Kejohanan Tenis Wimbledon telah mengesahkan, mereka akan mempertimbang permohonan slot wildcard untuk pemain Rusia, Maria Sharapova pada aksi Grand Slam tersebut, Julai ini.

 Sharapova kembali beraksi selepas menamatkan penggantungan 15 bulan akibat kesalahan doping. 

Sementara itu, Pengerusi kelab All England turut mengesahkan bahawa rekod Sharapova di London, termasuk memenangi gelaran pada tahun 2004, akan membantu dalam memutuskan sama ada dia layak diberikan wildcard tersebut.

((AFP))