Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Jerebu tidak mematahkan semangat Skuad Harimau Malaysia untuk berlatih

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Pengendali skuad kebangsaan, Roelant Oltmans mengambil langkah waspada terhadap ancaman jerebu yang kini melanda ibu negara.

Antara langkah yang dilakukan adalah dengan memperbanyakkan latihan di dalam bangunan.

Jelas Roelant, pihaknya bersama barisan kejurulatihan mengikuti rapat perkembangan jerebu dan telah menyediakan jadual latihan di dalam bangunan seperti latihan di ‘Altitude and Environmental Chamber’ milik Institut Sukan Negara (ISN), dan latihan gimnasum.

Skuad kini sedang giat menjalankan latihan sebelum mengadakan perlawanan ujian menentang pasukan Korea Selatan pada pertengahan September ini.

Seterusnya Skuad Harimau Malaysia bertemu dengan Great Britain bagi Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2020 antara 1 hingga 3 Nov di London.