Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Francesco Totti Sah Bersara Musim Ini

ROM - Ikon kelab AS Roma, Francesco Totti akan bersara pada penghujung musim ini apabila kontrak pemain berusia 40 tahun itu, tamat.

Demikian diumumkan Pengarah Sukan baharu kelab itu, Monchi.

Totti yang juga penyerang legenda Itali menghabiskan keseluruhan karier profesionalnya di Roma dan menjadi pemain paling popular di kelab itu sejak menyertainya pada 1993.

Begitupun, hubungannya dengan jurulatih Luciano Spalletti, tidak begitu baik pada musim lalu. 

((AFP))