Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Piala emas raja-raja bakal buka tirai esok

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Saingan Piala Emas Raja-raja yang bakal membuka tirai, esok.

Pasukan Kuala Lumpur optimis untuk memberi tentangan sengit kepada pasukan-pasukan lain, dalam merealisasikan hasrat beraksi di pentas final.

Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Kuala Lumpur, Datuk Ramlan Askolani yakin dengan pasukan yang kini dibarisi pemain berpotensi tinggi.

Beliau menyatakan demikian selepas pelancaran pasukan Kuala Lumpur di ibu negara.

Kuala Lumpur diundi bersama Kedah, Perlis dan Perak dalam Kumpulan D, dan bakal bertemu perlis dalam perlawanan sulung.

Tahun lepas, Kuala Lumpur terkandas pada peringkat kumpulan dan hanya sekali muncul juara Piala Emas Raja-Raja pada 1994.