Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

KBS akan mempertimbangkan cadangan untuk mengekalkan acara angkat berat ke Sukan Malaysia, SUKMA Johor - Syed Saddiq

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Keputusan negatif ujian doping secara mengejut oleh Agensi Anti-Doping Malaysia Julai lepas melibatkan lima atlet angkat berat kebangsaan membuktikan sukan terbabit bersih daripada anasir tidak sepatutnya.

Justeru, Kementerian Belia dan Sukan akan mempertimbangkan cadangan untuk mengekalkan acara terbabit ke Sukan Malaysia, SUKMA Johor selepas digugurkan akibat terpalit kes doping pada edisi SUKMA tahun lepas.

Menteri, Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan keputusan ujian itu menunjukkan komitmen serius Persekutuan Angkat Berat Malaysia dan atlet memperjuangkan sukan terbabit.

Ekoran itu, Kementerian bakal membincangkan mengenai penganjuran sukan itu ke SUKMA Johor tahun depan.

Ia akan diputuskan Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang bermesyuarat 19 September ini.

Sukan angkat berat sebelum ini berisiko digugurkan daripada SUKMA Johor 2020 susulan terpalit kes doping melibatkan atlet sukan berkenaan ketika temasya dwitahunan di Perak tahun lalu.