Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

RM1.6 juta antara tajaan bagi Kejohanan Hoki, Piala Sultan Johor 2019

  • Published in Sukan

JOHOR BHARU - Enam pasukan bakal berentap di Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2019 yang akan bermula pada 12 hingga 19 Oktober depan.

Aksi edisi ke-9 di Stadium Hoki Taman Daya, bakal menyaksikan cabaran Australia, Britain, India, Jepun dan New Zealand termasuk tuan rumah, Malaysia.

Presiden Persatuan Hoki Johor, JHA, Mohd Khuzzan Abu Bakar memaklumkan pihaknya terpaksa menolak permohonan dari dua negara.

Beliau ditemui pemberita selepas pelancaran Kejohanan Hoki Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor yang disempurnakan wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Datuk Dennis Muhammad Abdullah di Johor Bahru, Johor.

Pada majlis itu, tajaan berjumlah RM1.6 juta dengan RM500 ribu dari kerajaan negeri turut diserahkan kepada Datuk Dennis.