Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

KBS antara kementerian yang menerima peruntukan paling rendah

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA - Menjelang pembentangan Belanjawan 2020 bulan hadapan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berharap dana lebih tinggi dapat disalurkan kepada kementeriannya.

Ini kerana, banyak kejohanan sukan antarabangsa akan berlangsung tahun hadapan termasuk Sukan Olimpik Jepun 2020.

Sekiranya jumlah peruntukan yang bakal diterima semakin berkurangan atau berjumlah hampir sama, ia dikhuatiri tidak akan membantu para atlet meraih sebarang pingat dalam acara sukan terbesar dunia itu.

Dalam temubual eksklusif bersama RTM, Steven Sim mendedahkan bahawa KBS merupakan antara kementerian yang menerima peruntukan paling rendah.

Ia perlu ditambah memandangkan kementeriannya sedang mempergiat persiapan untuk memperoleh pingat emas pertama di temasya Olimpik yang akan berlangsung di Tokyo.

Justeru, dana kewangan yang mencukupi diperlukan bagi menampung program latihan yang diadakan di dalam dan luar negara.