Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Chi Wing Ketuai Cabaran Kedua Kejohanan Badminton The Smiling Fish Di Thailand

KUALA LUMPUR - Juara perseorangan lelaki kebangsaan, Lim Chi Wing mengetuai cabaran negara pada pusingan kedua kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa The Smiling Fish di Trang, Thailand.  

Pada pusingan awal, Chi Wing selaku pilihan ke-15 menumpaskan wakil India, Kartikey Gulshan Kumar, 21-16 21-18. 

Turut mara, Lee Zii Jia yang mengalahkan seorang lagi pemain India, Chirag Sen, 21-11 21-17.

Soo Teck Zhi pula mengejutkan pilihan ketiga, Jacob Maliekal dari Afrika Selatan, 21-17, 16-21 dan 21-13. 

Turut beraksi di peringkat kedua hari ini, enam pemain perseorangan wanita diketuai naib juara remaja dunia 2015, Lee Ying Ying.   

((BWF))