Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya dua pingat emas dari lima yang dipertandingkan di Kejohanan Remaja Bocce Asia Oceania

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA - Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya dua pingat emas dari lima yang dipertandingkan di Kejohanan Remaja Bocce Asia Oceania yang akan membuka tirainya esok.

Kejohanan yang akan berlangsung sehingga 16 September itu bertempat di Sekolah Menengah Presint 18 Putrajaya.

Jelas Presiden Persatuan Malaysia Sport Boules Federation (BOCCE),Razali Wan Zain, sasaran itu adalah releven memandangkan kejohanan ini turut disertai dua gergasi benua Asia iaitu India dan Monggolia.

Justeru katanya, Malaysia harus menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri untuk memburu mata bagi kelayakan ke Kejohanan Bocce Dunia 2020 di Rom, Itali.

Tambah beliau lagi, kesemua 39 peserta dari enam negara kini sudah berada di Putrajaya dan bersedia untuk bertemu lawan masing-masing.

Malaysia selaku tuan rumah, telah menyenaraikan 10 pemain di bawah jurulatih Wan Zakaria Ibraim.