Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Skuad Harimau Malaya diingatkan supaya tidak berasa selesa - Datuk Hamidin Mohd Amin

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya diingatkan supaya tidak berasa selesa dengan prestasi baik ditunjukkan dalam aksi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin.

Sebaliknya, pasukan negara itu perlu berusaha lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka mampu bangkit semula di Hanoi bulan hadapan.

Biarpun gagal memperoleh mata dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin beranggapan Harimau Malaya telah menunjukkan belang sebenar mereka.

Ini dapat disaksikan sepanjang dua aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila hanya tewas tipis dengan UAE selain berjaya menumbangkan Indonesia 3-2 di gelanggang lawan 5 September lalu.

Ia bagaimanapun tidak sepatutnya menjadi alasan kepada skuad negara untuk terus berpuas hati.

Justeru, skuad Harimau Malaya perlu bangkit dan menunjukkan keupayaan luar jangka dalam usaha merobek gawang Vietnam 10 Oktober nanti.

Bagi menempah kejayaan, Datuk Hamidin mahu pemain sentiasa mengikut taktikal susunan jurulatih dan kekal fokus.

Dalam perlawanan kelmarin, Ali Ahmed Mabkhout memastikan UAE pulang dengan tiga mata selepas dua jaringannya berjaya menafikan gol pembukaan minit pertama Malaysia menerusi Syafiq Ahmad