Monday, February 24, 2020

updated 4:28 AM UTC, Feb 24, 2020

Empat sekeluarga cedera dirempuh kereta, dipandu pemandu dalam pengaruh alkohol

  • Published in Berita Semasa


ALOR SETAR,19 Feb
- Empat sekeluarga cedera selepas dirempuh sebuah kereta mewah yang terbabas, selepas hilang kawalan, angkara pemandu mengambil alkohol.

Kemalangan berlaku berdekatan stesen minyak di Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, ketika keluarga berkenaan duduk berdekatan lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin kejadian berlaku kira-kira pukul 11.40 malam tadi.

Kemalangan melibatkan sebuah van berwarna putih yang keluar dari arah simpang susuran Sultan Abdul Hamid-3 menuju ke jalan utama, dirempuh sebuah kereta jenis BMW dari arah belakang, menyebabkan van terbalik.

Manakala kereta BMW, dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun, terbabas dan melanggar keluarga berkenaan yang berada di tepi jalan.

Mangsa, Ahmad Yusoff Che Kar, 42 tahun; isterinya, Bashirah Mohd Yazid, 31 tahun serta dua anak mereka, Muhammad Taufiq Ahmad Yusoff, 10 tahun dan Norhidayah Ahmad Yusoff, setahun.

Kesemua mereka termasuk pemandu van cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyyah,untuk rawatan lanjut. Manakala pemandu kereta BMW dirawat di sebuah pusat perubatan swasta.

Berdasarkan ujian saringan alkohol terhadap pemandu kereta, pemandu berada dalam pengaruh alkohol, namun bawah tahap dibenarkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987