Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Liga Perdana Inggeris - Chelsea 3 Everton 0, Tottenham 2 Arsenal 0 Dan Man Utd 1 Swansea 1

LONDON - Chelsea semakin hampir merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris apabila mengalahkan Everton 3 - 0 dan semua gol dijaringkan di separuh masa kedua, menyaksikan mereka menewaskan Everton di Goodison Park.

Tedangan 25 ela yang menarik dari Pedro pada minit ke-66 memberi gol pertama kepada Chelsea, rembatan dari jarak dekat oleh Gary Cahill menjadi gol kedua pada minit ke-79 dan Willian tambah golketiga pada minit ke-86 dan dengan itu, skuad Antonio Conte mendahului empat mata depan Tottenham yang berada di tangga kedua.

Pasukan Tottenham Hotspurs pula cemerlang kalahkan Arsenal 2 - 0 di White Hart Lane, perlawanan itu diputuskan dengan dua gol dalam hanya lebih satu minit, Dele Alli menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit ke-55 sebelum Harry Kane menjaringkan penalti pada minit ke-58 selepas dia dikasari oleh Gabriel.

Sementara Manchester United seri 1 - 1 dengan pasukan Swansea dan Manchester City juga seri 2 - 2 dan pasukan Middlesbrough.

(Sumber - AFP)