Logo

Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 sedang dirangka, akan dipamerkan Julai ini

 KUALA LUMPUR,19 Feb - Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2020) yang kini sedang dirangka bakal dipamerkan kepada umum pada Julai nanti.

Pelan tersebut merupakan salah satu daripada komponen utama yang akan melengkapkan perancangan pembangunan Kuala Lumpur secara keseluruhan.

Jelas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, PTKL 2020 mempunyai maklumat yang lebih terperinci tentang cadangan perancangan fizikal bagi sesuatu kawasan tertentu di ibu kota.

Ianya akan dipamerkan selama sebulan setengah untuk sesi penerangan dan pengumpulan pandangan orang ramai.

Khalid menyatakannya selepas melancarkan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 di ibu negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.