Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 9:06 AM UTC, Oct 19, 2017

Tenis Terbuka Barcelona - Murray, Nadal Mara Ke Separuh Akhir

BARCELONA - Andy Murray membalas dendam ke atas pemain Sepanyol, Albert Ramos-Vinolas dan juara sembilan kali Rafael Nadal mara ke separuh akhir Tenis Terbuka Barcelona.

Ramos-Vinolas menewaskan pemain nombor satu dunia, Murray yang kembali selepas kecederaan siku dalam pusingan ketiga Monte Carlo Masters minggu lalu.

Murray mengetepikan pemain nombor 19 dunia dengan 2-6, 6-4, 7-6 (7/4) selepas tiga jam dan akan menghadapi Dominic Thiem dalam separuh akhir selepas pemain Austria kalahkan pemain Jepun Yuichi Sugita 6-1, 6-2.

Nadal juga menikmati petang yang selesa tanpa halangan dengan (7/1), 7-6, 6-2 kemenangan ke atas pemain Korea Hyeon Chung dan akan bertemu Horacio Zeballos selepas pemain Argentine atasi pemain Rusia, Karen Khachanov 6-4, 6-1.

(Sumber - AFP)