Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Kelayakan Euro 2020, Perancis beraksi cemerlang menewaskan Andorra dengan kemenangan 3-0

  • Published in Sukan

PERANCIS -  Kelayakan Euro 2020, Perancis sekali lagi beraksi cemerlang menewaskan Andorra dengan kemenangan 3-0 di Stade de France selepas Antoine Griezmann gagal menyempurnakan penalti kali kedua, pada perlawanan yang berlangsung pagi tadi.

Kingsley Coman nyata memberi tuah kepada Perancis selaku pembuka jaringan awal pada minit ke-18 ketika menundukkan Andorra sekaligus meneruskan kecemerlangannya yang menyumbat 2 gol ketika menentang Albania di stadium sama, Sabtu lalu.

Bersambung di babak kedua, tandukan Clement Lenglet yang menyelamatkan sepakan penalti Antoine Griezmann menjadikan Perancis mendahului perlawanan 2-0 pada minit ke-52.

Dengan kelebihan beraksi di laman sendiri, juara dunia Perancis mengecewakan pasukan pelawat melalui sepakan Wissam Ben Yedder pada minit terakhir menyebabkan mereka pulang tanpa sebarang mata.

Les Blues yang dikendali Didier Deschamps meraikan kemenangan 3-0 ke atas Andorra di stadium keramat yang juga merupakan perlawanan kali ke-100 mereka di Stade de France.

Perancis kini berada di kedudukan teratas Kumpulan H, berkongsi 15 mata dengan Turki selepas enam perlawanan.