Logo

Sukan Para ASEAN Filipina: MPM gesa jawatankuasa penganjur tetapkan tarikh baharu

KUALA LUMPUR, 17 Feb - Setakat ini, Penganjur Sukan Para ASEAN ke-10 di Filipina masih belum memuktamadkan tarikh sebenar temasya terbabit sehingga kini.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM); Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menegaskan pihaknya akan membantah sekeras-kerasnya jika tarikh yang bakal ditetapkan bertindih dengan kejohanan utama atau sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau juga menggesa Jawatankuasa Penganjuran Paralimpik Filipina supaya memanggil semua wakil negara terlibat bermesyuarat bagi menetapkan tarikh baharu.

Datuk Seri Megat ditemui selepas MajlisTandatangan Memorandum persefahaman antara penaja bersama MPM.

Sukan Para ASEAN pada awalnya dijadual berlangsung 18 hingga 24 Januari, namun ditangguhkan kepada 20 hingga 28 Mac berikutan masalah kewangan dan logistik.

Penularan wabak COVID-19 turut dijadikan alasan bagi membolehkan Sukan SEA Para ASEAN ditangguh sekali lagi.

Filipina sebelum ini mencadangkan edisi ke 10 temasya itu diadakan pada 17 Mei yang jatuh dalam bulan Ramadhan atau 26 Mei tiga hari selepas hari raya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.