Friday, October 18, 2019
updated 10:23 AM UTC, Oct 18, 2019

Andrea Agnelli dilantik sekali lagi menjadi Pengerusi Persatuan Kelab Eropah (ECA)

  • Published in Sukan

LONDON - Andrea Agnelli dilantik sekali lagi menjadi Pengerusi Persatuan Kelab Eropah (ECA).

Perlantikan terbabit berkuatkuasa untuk tempoh empat tahun lagi.

Agnelli yang juga Pengerusi Juventus itu mula dilantik memegang jawatan terbabit dua tahun lalu.

Pemilihan semula pada Selasa itu memerlukan beliau untuk menggalas tanggung jawab berkenaan sehingga 2023.

ECA turut mengumumkan keahlian penuh lembaga eksekutif persatuan ditambah kepada 24 orang berbanding 15 sebelum ini.

Agnelli dalam satu kenyataan mendakwa terharu dengan pemilihan semula berkenaan.

Beliau berjanji akan mengendali sebaiknya persatuan itu dan menghargai sokongan yang diberi.

Agnelli optimis dapat memastikan kesejahteraan industri bola sepak Eropah dengan dengan bantuan dan sokongan para pemimpin kelab.