Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

FIFA Cadang Tambah Kelayakan 48 Pasukan Bertanding Dalam Piala Dunia 2022

  • Published in Sukan
Foto - HIASAN

11 JUN: MOSCOW, RUSIA - Jawatankuasa tertinggi FIFA menangguhkan cadangan menambah kelayakan 48 pasukan bersaing dalam Piala Dunia 2022 berbanding 32 pasukan ketika ini.

Perkara itu dinyatakan Presiden FIFA,  Gianni Infantino selepas selesai sesi mesyuarat di Moscow.
  
Menurut Infantino, bagi memastikan hasrat itu mampu direalisasikan, Fifa akan melakukan kajian terperinci sebelum membuka kelayakan Piala Dunia kepada 48 pasukan di Qatar pada 2022 nanti.

Jelasnya cadangan perlu diteliti berikutan ia akan menyebabkan Qatar perlu menyediakan dan menambah stadium menerusi kerjasama  dengan beberapa negara di rantau Arab.

Infantino berkata sesi kelayakan PIala Dunia 2022 akan dibuat pada tahun depan; ...justeru kajian kebolehupayaan akan dilakukan sebaik mungkin untuk memastikan cadangan tersebut mampu atau tidak dilaksanakan.

((RTM TV))